Sorotan Waktu
Digital guestbook Packages Catalogue Check date Contact
BMEN

Terma & Syarat

Sorotan Waktu · Berkuat kuasa 21/11/2026 · Read in English

Selamat datang ke Sorotan Waktu. Terma ini menerangkan perkhidmatan photobooth kami, laman tempahan, portal pelanggan dan buku tetamu digital, serta apa yang kami harapkan daripada anda. Kami cuba menulisnya dalam bahasa yang mudah. Sebut harga, invois dan resit kami merujuk kepada halaman ini.

  • 1. Perkhidmatan
  • 2. Tempahan
  • 3. Bayaran & resit
  • 4. Portal pelanggan
  • 5. Buku tetamu
  • 6. Laman web
  • 7. Tanggungjawab
  • 8. Am

1. Perkhidmatan yang kami sediakan

  • Photobooth di majlis anda — kru, peralatan, cetakan dan tambahan yang anda tempah, pada tarikh dan masa yang dipersetujui.
  • Laman tempahan — melihat pakej, menyemak tarikh dan menghantar pertanyaan.
  • Portal pelanggan — pautan peribadi untuk melihat sebut harga, menandatangani terma, membuat bayaran, memilih latar dan menghantar maklumat reka bentuk.
  • Buku tetamu digital (pakej tertentu) — album dalam talian untuk gambar, video dan ucapan tetamu majlis anda.

2. Terma tempahan

Ringkasnya: sebut harga tidak menempah tarikh; deposit 50% mengesahkannya; baki dibayar 7 hari sebelum majlis; batal 60 hari atau lebih awal → deposit dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan); lebih lewat → deposit tidak dikembalikan. Terma penuh di bawah ialah yang ditandatangani dalam portal. Jika anda telah bersetuju dengan versi lebih awal, salinan yang anda persetujui (dalam portal anda) yang terpakai.

1. TEMPAHAN & DEPOSIT / BOOKING & DEPOSIT Sebut harga ini tidak menempah tarikh. Tarikh hanya disahkan selepas deposit 50% diterima; jika dua pelanggan memilih tarikh yang sama, pelanggan yang membayar deposit dahulu mendapat tarikh tersebut. This quotation does not hold the date. The date is confirmed only once the 50% deposit is received; if two clients want the same date, whoever pays the deposit first gets it. 2. BAKI / BALANCE Baki perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum majlis. Jika baki belum dijelaskan selepas peringatan, tempahan boleh dianggap dibatalkan oleh pelanggan (fasal 3). The balance is due at least 7 days before the event. If it is still unpaid after a reminder, the booking may be treated as cancelled by the client (clause 3). 3. PEMBATALAN OLEH PELANGGAN / CANCELLATION BY THE CLIENT Pembatalan mesti dibuat secara bertulis (WhatsApp atau e-mel). (a) Jika dibatalkan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum majlis, deposit dikembalikan dalam tempoh 14 hari, ditolak hanya kos yang telah dibelanjakan khusus untuk majlis anda, dengan bukti resit. (b) Jika dibatalkan kurang daripada 60 hari sebelum majlis, deposit tidak dikembalikan kerana ia menempah tarikh anda dan kami menolak pelanggan lain untuk tarikh tersebut. (c) Sebarang bayaran baki yang telah dibuat akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari, ditolak hanya kos yang telah dibelanjakan khusus untuk majlis anda (contohnya reka bentuk templat cetakan atau barang yang telah ditempah), dengan bukti resit. Cancellations must be made in writing (WhatsApp or email). (a) If you cancel at least 60 days before the event, the deposit is refunded within 14 days, minus only costs already spent specifically for your event, with receipts shown. (b) If you cancel less than 60 days before the event, the deposit is non-refundable, as it reserved your date and we turned other clients away for it. (c) Any balance already paid is refunded within 14 days, minus only costs already spent specifically for your event (for example a custom print template or items already ordered), with receipts shown. 4. PERTUKARAN TARIKH / DATE CHANGE Satu pertukaran tarikh dibenarkan tanpa caj jika dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum majlis, tertakluk kepada kekosongan, dan tarikh baharu mestilah dalam tempoh 12 bulan. Perbezaan harga (jika ada) akan dicaj. Permintaan lain dianggap sebagai pembatalan (fasal 3) kecuali dipersetujui oleh Sorotan Waktu. One date change is free if requested at least 30 days before the event, subject to availability, with the new date within 12 months. Any price difference applies. Other requests are treated as a cancellation (clause 3) unless agreed by Sorotan Waktu. 5. KEADAAN DI LUAR KAWALAN / EVENTS OUTSIDE ANYONE'S CONTROL Jika majlis tidak dapat diadakan kerana banjir, bencana, arahan kerajaan atau kematian ahli keluarga terdekat, semua bayaran dipindahkan ke tarikh baharu dalam tempoh 12 bulan, tertakluk kepada kekosongan. Bayaran tidak dikembalikan dalam keadaan ini. If the event cannot go ahead because of flood, disaster, government orders or the death of a close family member, all payments are moved to a new date within 12 months, subject to availability. Payments are not refunded in these cases. 6. JIKA KAMI TIDAK DAPAT HADIR / IF WE CANNOT ATTEND Jika Sorotan Waktu tidak dapat hadir (contohnya kerosakan peralatan atau kecemasan) dan tidak dapat menghantar pengganti, semua bayaran akan dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. Tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang telah dibayar. If Sorotan Waktu cannot attend (for example equipment failure or an emergency) and cannot send a replacement, everything paid is refunded in full within 14 days. Our liability is limited to the amount paid. 7. MASA SESI / SESSION TIME Sesi bermula dan tamat mengikut masa yang ditempah. Kelewatan majlis tidak melanjutkan sesi dan masa yang tidak digunakan tidak dikembalikan. Jam tambahan dicaj RM 150.00/jam, tertakluk kepada kekosongan. The session starts and ends at the booked time. Event delays do not extend it and unused time is not refunded. Extra hours are RM 150.00/hour, subject to availability. 8. LOKASI & PERJALANAN / VENUE & TRAVEL Tiada caj pengangkutan dan tiada caj tersembunyi di Lembah Klang, Putrajaya, Seremban dan Nilai. Caj pengangkutan dikenakan untuk daerah Gombak (termasuk Rawang, Selayang, Batu Caves), Kuala Selangor, Ulu Selangor dan Sabak Bernam. Untuk lokasi lain, kos perjalanan (petrol, tol dan penginapan jika perlu) dinyatakan dalam sebut harga. Pelanggan mendapatkan kebenaran pihak lokasi dan menanggung sebarang caj parkir, pemunggahan atau lokasi untuk kru. Lokasi perlu menyediakan ruang sekurang-kurangnya 3m × 3m, permukaan rata, dan soket elektrik 13A dalam jarak 5 meter. There is no transport fee and no hidden fee in the Klang Valley, Putrajaya, Seremban and Nilai. A transport fee applies in the Gombak district (including Rawang, Selayang, Batu Caves), Kuala Selangor, Ulu Selangor and Sabak Bernam. For other venues, travel costs (petrol, toll and accommodation if needed) are shown in the quotation. The client obtains the venue's permission and pays any parking, loading or venue charges for the crew. The venue must provide at least 3m × 3m of flat space and a 13A power point within 5 metres. 9. MAJLIS LUAR RUMAH / OUTDOOR EVENTS Persediaan di luar rumah memerlukan teduhan atau khemah. Untuk melindungi peralatan, kru boleh menghentikan sementara atau memindahkan photobooth semasa hujan atau angin kuat; ini tidak dikira sebagai kegagalan perkhidmatan. Outdoor setups need shade or a tent. To protect the equipment, the crew may pause or move the photobooth in rain or strong wind; this does not count as a failure of service. 10. KEROSAKAN & KEHILANGAN / DAMAGE & LOSS Pelanggan hanya membayar kos sebenar baik pulih atau gantian bagi kerosakan atau kehilangan yang menjadi tanggungjawab langsung mereka, iaitu yang disebabkan oleh: (a) pelanggan sendiri, ahli keluarga atau jawatankuasa majlis; (b) vendor atau pekerja yang dilantik oleh pelanggan; atau (c) keadaan lokasi yang di bawah tanggungjawab pelanggan, contohnya bekalan elektrik yang tidak selamat, ketiadaan teduhan yang diperlukan, atau kebocoran di lokasi. Kemalangan biasa oleh tetamu serta haus dan lusuh biasa ditanggung oleh Sorotan Waktu. Jika tetamu merosakkan peralatan dengan sengaja, pelanggan akan membantu mengenal pasti tetamu tersebut supaya kami boleh menuntut terus daripadanya. The client only pays the actual cost of repair or replacement for damage or loss they are directly responsible for, meaning caused by: (a) the client, their family or the event committee; (b) vendors or workers hired by the client; or (c) venue conditions the client is responsible for, for example an unsafe power supply, missing shelter that was required, or leaks at the venue. Ordinary accidents by guests, and normal wear and tear, are covered by Sorotan Waktu. If a guest damages equipment on purpose, the client will help identify that guest so we can claim from them directly. 11. KELAKUAN TETAMU / GUEST BEHAVIOUR Kru boleh menghentikan sesi jika tetamu berkelakuan kasar, membahayakan atau menyalahgunakan peralatan. Dalam keadaan ini tiada bayaran balik. The crew may stop the session if guests are abusive, unsafe or misuse the equipment. No refund is given in this case. 12. GAMBAR & DATA / PHOTOS & DATA Sorotan Waktu boleh menggunakan gambar majlis untuk pemasaran (Instagram, TikTok, laman web) kecuali pelanggan memaklumkan secara bertulis bahawa mereka tidak bersetuju. Album buku tetamu digital (jika ada) dipadam 7 hari selepas majlis — sila muat turun sebelum itu. Data peribadi diuruskan mengikut Notis Privasi kami. Sorotan Waktu may use event photos for marketing (Instagram, TikTok, website) unless the client says in writing that they do not agree. The digital guestbook album (if included) is deleted 7 days after the event — please download it before then. Personal data is handled under our Privacy Notice. 13. PERSETUJUAN / AGREEMENT Dengan menandatangani atau membayar deposit, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat ini. By signing or paying the deposit, the client agrees to these terms and conditions.

3. Bayaran & resit

  • Setiap bayaran mendapat satu resit (RCP-…). Bayaran balik mendapat resit bayaran balik (RFD-…).
  • Bayaran dalam talian diproses oleh ToyyibPay (FPX, kad atau DuitNow QR). Caj kad / QR (jika ada) ditunjukkan sebelum anda membayar dan tidak dikira dalam baki.
  • Bayaran hanya dikira apabila disahkan oleh bank / ToyyibPay — tangkapan skrin sahaja tidak mencukupi.
  • Kod promosi: hanya satu kod promosi boleh digunakan pada satu masa bagi setiap tempahan — kod tidak boleh digabungkan dengan kod lain atau diskaun lain. Kod mesti dimasukkan sebelum bayaran pertama dan tertakluk kepada syarat kod tersebut. Kod hadiah “Putar & menang” hanya boleh digunakan sekali, pada tempahan di bawah nombor telefon yang digunakan semasa menuntutnya. Kami boleh menolak kod yang disalah guna.

Terma & Syarat Tempahan / Booking Terms & Conditions

1. Deposit ini mengesahkan tarikh majlis anda pada tarikh majlis / the event date. Deposit hanya dikembalikan jika pelanggan membatalkan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum majlis. This deposit confirms your event date of tarikh majlis / the event date. It is refunded only if the client cancels at least 60 days before the event. 2. Baki baki / the balance perlu dijelaskan selewat-lewatnya tarikh akhir baki / the balance due date. Jika belum dijelaskan selepas peringatan, tempahan boleh dianggap dibatalkan oleh pelanggan. The balance of baki / the balance is due by tarikh akhir baki / the balance due date. If still unpaid after a reminder, the booking may be treated as cancelled by the client. 3. Jika pelanggan membatalkan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum majlis: semua bayaran dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan untuk majlis ini). Kurang daripada 60 hari: deposit tidak dikembalikan, tetapi baki yang telah dibayar dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan). If the client cancels at least 60 days before the event: everything paid is refunded (minus costs already spent on this event). Less than 60 days: the deposit is non-refundable, but any balance paid is refunded (minus costs already spent). 4. Satu pertukaran tarikh tanpa caj jika dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum majlis, tertakluk kepada kekosongan, dalam tempoh 12 bulan. One free date change with at least 30 days' notice, subject to availability, within 12 months. 5. Banjir, bencana, arahan kerajaan atau kematian ahli keluarga terdekat: bayaran dipindahkan ke tarikh baharu dalam tempoh 12 bulan. Flood, disaster, government orders or the death of a close family member: payments move to a new date within 12 months. 6. Jika Sorotan Waktu tidak dapat hadir dan tiada pengganti, semua bayaran dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. If Sorotan Waktu cannot attend and has no replacement, everything paid is refunded in full within 14 days. 7. Terma penuh adalah seperti yang dipersetujui dalam sebut harga / portal pelanggan. The full terms are as agreed in the quotation / client portal.

Terma & Syarat Majlis / Event Terms & Conditions

1. Bayaran penuh telah diterima. Jika pelanggan membatalkan kurang daripada 60 hari sebelum majlis, deposit tidak dikembalikan tetapi baki dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan untuk majlis ini). Jika Sorotan Waktu tidak dapat hadir, semua bayaran dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. Full payment has been received. If the client cancels less than 60 days before the event, the deposit is non-refundable but the balance is refunded (minus costs already spent on this event). If Sorotan Waktu cannot attend, everything paid is refunded in full within 14 days. 2. Kru kami tiba kira-kira 2 jam sebelum majlis untuk persediaan. Sila sediakan ruang rata sekurang-kurangnya 3m × 3m, soket elektrik 13A dalam jarak 5 meter, dan kebenaran pihak lokasi. Caj parkir, pemunggahan atau lokasi untuk kru ditanggung oleh pelanggan. Our crew arrives about 2 hours before the event to set up. Please provide at least 3m × 3m of flat space, a 13A power point within 5 metres, and the venue's permission. Parking, loading or venue charges for the crew are paid by the client. 3. Sesi bermula dan tamat mengikut masa yang ditempah; kelewatan tidak melanjutkan sesi. Jam tambahan RM 150.00/jam, tertakluk kepada kekosongan. The session starts and ends at the booked time; delays do not extend it. Extra hours are RM 150.00/hour, subject to availability. 4. Majlis luar rumah memerlukan teduhan. Kru boleh berhenti sementara atau memindahkan photobooth semasa hujan atau angin kuat untuk melindungi peralatan. Outdoor events need shade or cover. The crew may pause or move the photobooth in rain or strong wind to protect the equipment. 5. Pelanggan hanya membayar kos sebenar bagi kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan, keluarga atau jawatankuasa majlis, vendor yang dilantik, atau keadaan lokasi di bawah tanggungjawab pelanggan. Kemalangan biasa oleh tetamu ditanggung oleh kami. The client only pays the actual cost of damage caused by the client, their family or committee, vendors they hired, or venue conditions they are responsible for. Ordinary accidents by guests are covered by us. 6. Kru boleh menghentikan sesi jika tetamu berkelakuan kasar, membahayakan atau menyalahgunakan peralatan, tanpa bayaran balik. The crew may stop the session if guests are abusive, unsafe or misuse the equipment, without refund. 7. Gambar majlis boleh digunakan untuk pemasaran kecuali anda memaklumkan sebaliknya secara bertulis. Album buku tetamu digital (jika ada) dipadam 7 hari selepas majlis. Event photos may be used for marketing unless you tell us otherwise in writing. The digital guestbook album (if included) is deleted 7 days after the event.

Terma Bayaran Balik / Refund Terms

1. Resit ini mengesahkan wang yang dipulangkan kepada pelanggan / the client untuk majlis tarikh majlis / the event date. Tempahan ini telah dibatalkan dan tarikh tidak lagi ditahan. This receipt confirms the money returned to pelanggan / the client for the event on tarikh majlis / the event date. The booking is cancelled and the date is no longer held. 2. Sila semak akaun anda. Hubungi Sorotan Waktu dalam tempoh 14 hari jika wang belum diterima. Please check your account. Contact Sorotan Waktu within 14 days if the money has not arrived.

4. Portal pelanggan

  • Pautan anda adalah peribadi. Sesiapa yang mempunyai pautan boleh melihat tempahan anda, jadi kongsikan hanya dengan pasangan atau jawatankuasa yang dipercayai.
  • Tandatangan dalam talian adalah sah. Apabila anda menaip nama dan menandatangani, kami menyimpan nama, tandatangan, masa dan alamat IP sebagai rekod persetujuan.
  • Maklumat yang betul. Pastikan tarikh, masa, alamat majlis dan nama yang anda masukkan adalah betul. Kami bergantung pada maklumat ini.
  • Naik taraf pakej tertakluk kepada kekosongan; jika deposit telah dibayar, bayaran tambahan diperlukan supaya deposit kekal 50%. Naik taraf terakhir boleh dibatalkan dalam portal sehingga bayaran baharu dibuat.
  • Reka bentuk & latar. Hantar maklumat reka bentuk dan pilihan latar sebelum tarikh akhir yang ditunjukkan. Selepas anda meluluskan reka bentuk, perubahan lanjut bergantung pada masa yang ada.
  • Tempoh portal. Portal ditutup 15 hari selepas majlis jika tiada baki tertunggak, dan hanya menunjukkan halaman "tempahan selesai". Jika pautan anda tersebar, minta kami buat pautan baharu; pautan lama terus tidak berfungsi dan maklumat tempahan anda kekal. Ikon di skrin utama telefon tidak terpadam sendiri; anda boleh membuangnya bila-bila masa.
  • Laporan masalah. Butang "Perlukan bantuan?" adalah untuk masalah sebenar. Jangan sekali-kali hantar maklumat kad, kata laluan atau kod OTP kepada kami.

5. Buku tetamu digital

Untuk pengantin / pelanggan

  • Album dibuka apabila tempahan disahkan. Tetamu boleh menghantar dari sehari sebelum hingga 7 hari selepas majlis; album yang belum dibayar penuh mungkin ditutup kepada tetamu.
  • Album dipadam secara automatik 7 hari selepas majlis (14 hari untuk All-in). Muat turun semuanya sebelum itu — selepas dipadam ia tidak boleh dipulihkan.
  • Anda bertanggungjawab berkongsi kod album hanya dengan tetamu anda, dan boleh menyembunyikan apa-apa yang tidak sesuai.
  • Anda boleh menggunakan gambar dan ucapan sebagai kenangan peribadi. Gambar photobooth boleh digunakan untuk pemasaran kami kecuali anda menolak secara bertulis (lihat terma tempahan).

Untuk tetamu

  • Hantar hanya kandungan anda sendiri atau yang anda dibenarkan kongsi. Hormati orang lain dalam gambar.
  • Jangan hantar kandungan lucah, ganas, berunsur kebencian, mengganggu, mengelirukan atau menyalahi undang-undang, iklan atau spam.
  • Apa yang anda hantar boleh dilihat oleh pengantin dan tetamu lain yang mempunyai kod album. Anda membenarkan pengantin menyimpan, memuat turun dan berkongsi kandungan itu secara peribadi, dan membenarkan kami menyimpan dan memaparkannya untuk menjalankan album.
  • Kami atau pengantin boleh menyembunyikan atau memadam apa-apa yang melanggar terma ini. Untuk membuang sesuatu, hubungi pengantin atau kami.

6. Laman web

  • Harga, gambar dan kekosongan tarikh di laman web adalah panduan; harga yang mengikat ialah harga dalam sebut harga anda.
  • Semakan tarikh tidak menempah tarikh. Hanya deposit yang menempahnya.
  • Jangan cuba mengganggu, menggodam, mengikis (scrape) atau menghantar pertanyaan palsu secara automatik ke sistem kami.
  • Logo, gambar dan reka bentuk di laman ini milik Sorotan Waktu atau pelanggan kami. Jangan gunakannya tanpa kebenaran.
  • Maklumat peribadi diuruskan mengikut Notis Privasi kami, dan kuki mengikut Polisi Kuki.

7. Siapa bertanggungjawab jika sesuatu berlaku

Kami memberikan perkhidmatan dengan berhati-hati dan mahir. Jika kami tidak dapat hadir, semua bayaran dikembalikan (lihat terma tempahan). Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang telah anda bayar untuk tempahan tersebut, dan kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung. Laman, portal dan album disediakan "seadanya" — kami berusaha supaya ia sentiasa berfungsi, tetapi gangguan sementara boleh berlaku. Tiada apa-apa dalam terma ini menghadkan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

8. Am

  • Perubahan terma. Kami boleh mengemas kini terma ini dan akan menukar tarikh di atas. Tempahan yang telah dipersetujui kekal pada versi yang anda persetujui.
  • Pertikaian. Hubungi kami dahulu — kebanyakan masalah boleh diselesaikan melalui WhatsApp. Jika tidak, terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan mahkamah Malaysia (termasuk Tribunal Tuntutan Pengguna).
  • Bahasa. Terma ini dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; jika berbeza, versi Bahasa Melayu terpakai.

Sorotan Waktu
info@sorotanwaktu.com · 0108646027
202603233337 (TR0348918-A)

Terms & Conditions

Sorotan Waktu · Effective 21/11/2026 · Baca dalam Bahasa Melayu

Welcome to Sorotan Waktu. These terms explain our photobooth service, booking website, client portal and digital guestbook, and what we expect from you. We've tried to write them in plain words. Our quotations, invoices and receipts point to this page.

  • 1. The service
  • 2. Booking
  • 3. Payments & receipts
  • 4. Client portal
  • 5. Guestbook
  • 6. Website
  • 7. Responsibility
  • 8. General

1. The service we provide

  • A photobooth at your event — crew, equipment, prints and the add-ons you book, on the agreed date and time.
  • The booking website — see packages, check dates and send an enquiry.
  • The client portal — a private link to view your quotation, sign the terms, pay, pick a backdrop and send your design brief.
  • The digital guestbook (some packages) — an online album for your guests' photos, videos and wishes.

2. Booking terms

In short: a quotation doesn't hold the date; the 50% deposit confirms it; the balance is due 7 days before the event; cancel 60+ days ahead → deposit refunded (minus costs already spent); later → deposit kept. The full terms below are the ones signed in the portal. If you agreed to an earlier version, the copy you agreed to (in your portal) applies.

1. TEMPAHAN & DEPOSIT / BOOKING & DEPOSIT Sebut harga ini tidak menempah tarikh. Tarikh hanya disahkan selepas deposit 50% diterima; jika dua pelanggan memilih tarikh yang sama, pelanggan yang membayar deposit dahulu mendapat tarikh tersebut. This quotation does not hold the date. The date is confirmed only once the 50% deposit is received; if two clients want the same date, whoever pays the deposit first gets it. 2. BAKI / BALANCE Baki perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum majlis. Jika baki belum dijelaskan selepas peringatan, tempahan boleh dianggap dibatalkan oleh pelanggan (fasal 3). The balance is due at least 7 days before the event. If it is still unpaid after a reminder, the booking may be treated as cancelled by the client (clause 3). 3. PEMBATALAN OLEH PELANGGAN / CANCELLATION BY THE CLIENT Pembatalan mesti dibuat secara bertulis (WhatsApp atau e-mel). (a) Jika dibatalkan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum majlis, deposit dikembalikan dalam tempoh 14 hari, ditolak hanya kos yang telah dibelanjakan khusus untuk majlis anda, dengan bukti resit. (b) Jika dibatalkan kurang daripada 60 hari sebelum majlis, deposit tidak dikembalikan kerana ia menempah tarikh anda dan kami menolak pelanggan lain untuk tarikh tersebut. (c) Sebarang bayaran baki yang telah dibuat akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari, ditolak hanya kos yang telah dibelanjakan khusus untuk majlis anda (contohnya reka bentuk templat cetakan atau barang yang telah ditempah), dengan bukti resit. Cancellations must be made in writing (WhatsApp or email). (a) If you cancel at least 60 days before the event, the deposit is refunded within 14 days, minus only costs already spent specifically for your event, with receipts shown. (b) If you cancel less than 60 days before the event, the deposit is non-refundable, as it reserved your date and we turned other clients away for it. (c) Any balance already paid is refunded within 14 days, minus only costs already spent specifically for your event (for example a custom print template or items already ordered), with receipts shown. 4. PERTUKARAN TARIKH / DATE CHANGE Satu pertukaran tarikh dibenarkan tanpa caj jika dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum majlis, tertakluk kepada kekosongan, dan tarikh baharu mestilah dalam tempoh 12 bulan. Perbezaan harga (jika ada) akan dicaj. Permintaan lain dianggap sebagai pembatalan (fasal 3) kecuali dipersetujui oleh Sorotan Waktu. One date change is free if requested at least 30 days before the event, subject to availability, with the new date within 12 months. Any price difference applies. Other requests are treated as a cancellation (clause 3) unless agreed by Sorotan Waktu. 5. KEADAAN DI LUAR KAWALAN / EVENTS OUTSIDE ANYONE'S CONTROL Jika majlis tidak dapat diadakan kerana banjir, bencana, arahan kerajaan atau kematian ahli keluarga terdekat, semua bayaran dipindahkan ke tarikh baharu dalam tempoh 12 bulan, tertakluk kepada kekosongan. Bayaran tidak dikembalikan dalam keadaan ini. If the event cannot go ahead because of flood, disaster, government orders or the death of a close family member, all payments are moved to a new date within 12 months, subject to availability. Payments are not refunded in these cases. 6. JIKA KAMI TIDAK DAPAT HADIR / IF WE CANNOT ATTEND Jika Sorotan Waktu tidak dapat hadir (contohnya kerosakan peralatan atau kecemasan) dan tidak dapat menghantar pengganti, semua bayaran akan dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. Tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang telah dibayar. If Sorotan Waktu cannot attend (for example equipment failure or an emergency) and cannot send a replacement, everything paid is refunded in full within 14 days. Our liability is limited to the amount paid. 7. MASA SESI / SESSION TIME Sesi bermula dan tamat mengikut masa yang ditempah. Kelewatan majlis tidak melanjutkan sesi dan masa yang tidak digunakan tidak dikembalikan. Jam tambahan dicaj RM 150.00/jam, tertakluk kepada kekosongan. The session starts and ends at the booked time. Event delays do not extend it and unused time is not refunded. Extra hours are RM 150.00/hour, subject to availability. 8. LOKASI & PERJALANAN / VENUE & TRAVEL Tiada caj pengangkutan dan tiada caj tersembunyi di Lembah Klang, Putrajaya, Seremban dan Nilai. Caj pengangkutan dikenakan untuk daerah Gombak (termasuk Rawang, Selayang, Batu Caves), Kuala Selangor, Ulu Selangor dan Sabak Bernam. Untuk lokasi lain, kos perjalanan (petrol, tol dan penginapan jika perlu) dinyatakan dalam sebut harga. Pelanggan mendapatkan kebenaran pihak lokasi dan menanggung sebarang caj parkir, pemunggahan atau lokasi untuk kru. Lokasi perlu menyediakan ruang sekurang-kurangnya 3m × 3m, permukaan rata, dan soket elektrik 13A dalam jarak 5 meter. There is no transport fee and no hidden fee in the Klang Valley, Putrajaya, Seremban and Nilai. A transport fee applies in the Gombak district (including Rawang, Selayang, Batu Caves), Kuala Selangor, Ulu Selangor and Sabak Bernam. For other venues, travel costs (petrol, toll and accommodation if needed) are shown in the quotation. The client obtains the venue's permission and pays any parking, loading or venue charges for the crew. The venue must provide at least 3m × 3m of flat space and a 13A power point within 5 metres. 9. MAJLIS LUAR RUMAH / OUTDOOR EVENTS Persediaan di luar rumah memerlukan teduhan atau khemah. Untuk melindungi peralatan, kru boleh menghentikan sementara atau memindahkan photobooth semasa hujan atau angin kuat; ini tidak dikira sebagai kegagalan perkhidmatan. Outdoor setups need shade or a tent. To protect the equipment, the crew may pause or move the photobooth in rain or strong wind; this does not count as a failure of service. 10. KEROSAKAN & KEHILANGAN / DAMAGE & LOSS Pelanggan hanya membayar kos sebenar baik pulih atau gantian bagi kerosakan atau kehilangan yang menjadi tanggungjawab langsung mereka, iaitu yang disebabkan oleh: (a) pelanggan sendiri, ahli keluarga atau jawatankuasa majlis; (b) vendor atau pekerja yang dilantik oleh pelanggan; atau (c) keadaan lokasi yang di bawah tanggungjawab pelanggan, contohnya bekalan elektrik yang tidak selamat, ketiadaan teduhan yang diperlukan, atau kebocoran di lokasi. Kemalangan biasa oleh tetamu serta haus dan lusuh biasa ditanggung oleh Sorotan Waktu. Jika tetamu merosakkan peralatan dengan sengaja, pelanggan akan membantu mengenal pasti tetamu tersebut supaya kami boleh menuntut terus daripadanya. The client only pays the actual cost of repair or replacement for damage or loss they are directly responsible for, meaning caused by: (a) the client, their family or the event committee; (b) vendors or workers hired by the client; or (c) venue conditions the client is responsible for, for example an unsafe power supply, missing shelter that was required, or leaks at the venue. Ordinary accidents by guests, and normal wear and tear, are covered by Sorotan Waktu. If a guest damages equipment on purpose, the client will help identify that guest so we can claim from them directly. 11. KELAKUAN TETAMU / GUEST BEHAVIOUR Kru boleh menghentikan sesi jika tetamu berkelakuan kasar, membahayakan atau menyalahgunakan peralatan. Dalam keadaan ini tiada bayaran balik. The crew may stop the session if guests are abusive, unsafe or misuse the equipment. No refund is given in this case. 12. GAMBAR & DATA / PHOTOS & DATA Sorotan Waktu boleh menggunakan gambar majlis untuk pemasaran (Instagram, TikTok, laman web) kecuali pelanggan memaklumkan secara bertulis bahawa mereka tidak bersetuju. Album buku tetamu digital (jika ada) dipadam 7 hari selepas majlis — sila muat turun sebelum itu. Data peribadi diuruskan mengikut Notis Privasi kami. Sorotan Waktu may use event photos for marketing (Instagram, TikTok, website) unless the client says in writing that they do not agree. The digital guestbook album (if included) is deleted 7 days after the event — please download it before then. Personal data is handled under our Privacy Notice. 13. PERSETUJUAN / AGREEMENT Dengan menandatangani atau membayar deposit, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat ini. By signing or paying the deposit, the client agrees to these terms and conditions.

3. Payments & receipts

  • Every payment gets one receipt (RCP-…). A refund gets a refund receipt (RFD-…).
  • Online payments are processed by ToyyibPay (FPX, card or DuitNow QR). Any card / QR fee is shown before you pay and doesn't count towards your balance.
  • A payment only counts once the bank / ToyyibPay confirms it — a screenshot alone isn't enough.
  • Promo codes: only one promo code can be used at a time on each booking — codes can't be combined with another code or another discount. A code must be entered before the first payment and follows its own conditions. A “Spin & win” prize code works once, only on a booking under the phone number it was claimed with. We can refuse a code that's misused.

Terma & Syarat Tempahan / Booking Terms & Conditions

1. Deposit ini mengesahkan tarikh majlis anda pada tarikh majlis / the event date. Deposit hanya dikembalikan jika pelanggan membatalkan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum majlis. This deposit confirms your event date of tarikh majlis / the event date. It is refunded only if the client cancels at least 60 days before the event. 2. Baki baki / the balance perlu dijelaskan selewat-lewatnya tarikh akhir baki / the balance due date. Jika belum dijelaskan selepas peringatan, tempahan boleh dianggap dibatalkan oleh pelanggan. The balance of baki / the balance is due by tarikh akhir baki / the balance due date. If still unpaid after a reminder, the booking may be treated as cancelled by the client. 3. Jika pelanggan membatalkan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum majlis: semua bayaran dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan untuk majlis ini). Kurang daripada 60 hari: deposit tidak dikembalikan, tetapi baki yang telah dibayar dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan). If the client cancels at least 60 days before the event: everything paid is refunded (minus costs already spent on this event). Less than 60 days: the deposit is non-refundable, but any balance paid is refunded (minus costs already spent). 4. Satu pertukaran tarikh tanpa caj jika dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum majlis, tertakluk kepada kekosongan, dalam tempoh 12 bulan. One free date change with at least 30 days' notice, subject to availability, within 12 months. 5. Banjir, bencana, arahan kerajaan atau kematian ahli keluarga terdekat: bayaran dipindahkan ke tarikh baharu dalam tempoh 12 bulan. Flood, disaster, government orders or the death of a close family member: payments move to a new date within 12 months. 6. Jika Sorotan Waktu tidak dapat hadir dan tiada pengganti, semua bayaran dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. If Sorotan Waktu cannot attend and has no replacement, everything paid is refunded in full within 14 days. 7. Terma penuh adalah seperti yang dipersetujui dalam sebut harga / portal pelanggan. The full terms are as agreed in the quotation / client portal.

Terma & Syarat Majlis / Event Terms & Conditions

1. Bayaran penuh telah diterima. Jika pelanggan membatalkan kurang daripada 60 hari sebelum majlis, deposit tidak dikembalikan tetapi baki dikembalikan (tolak kos yang telah dibelanjakan untuk majlis ini). Jika Sorotan Waktu tidak dapat hadir, semua bayaran dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. Full payment has been received. If the client cancels less than 60 days before the event, the deposit is non-refundable but the balance is refunded (minus costs already spent on this event). If Sorotan Waktu cannot attend, everything paid is refunded in full within 14 days. 2. Kru kami tiba kira-kira 2 jam sebelum majlis untuk persediaan. Sila sediakan ruang rata sekurang-kurangnya 3m × 3m, soket elektrik 13A dalam jarak 5 meter, dan kebenaran pihak lokasi. Caj parkir, pemunggahan atau lokasi untuk kru ditanggung oleh pelanggan. Our crew arrives about 2 hours before the event to set up. Please provide at least 3m × 3m of flat space, a 13A power point within 5 metres, and the venue's permission. Parking, loading or venue charges for the crew are paid by the client. 3. Sesi bermula dan tamat mengikut masa yang ditempah; kelewatan tidak melanjutkan sesi. Jam tambahan RM 150.00/jam, tertakluk kepada kekosongan. The session starts and ends at the booked time; delays do not extend it. Extra hours are RM 150.00/hour, subject to availability. 4. Majlis luar rumah memerlukan teduhan. Kru boleh berhenti sementara atau memindahkan photobooth semasa hujan atau angin kuat untuk melindungi peralatan. Outdoor events need shade or cover. The crew may pause or move the photobooth in rain or strong wind to protect the equipment. 5. Pelanggan hanya membayar kos sebenar bagi kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan, keluarga atau jawatankuasa majlis, vendor yang dilantik, atau keadaan lokasi di bawah tanggungjawab pelanggan. Kemalangan biasa oleh tetamu ditanggung oleh kami. The client only pays the actual cost of damage caused by the client, their family or committee, vendors they hired, or venue conditions they are responsible for. Ordinary accidents by guests are covered by us. 6. Kru boleh menghentikan sesi jika tetamu berkelakuan kasar, membahayakan atau menyalahgunakan peralatan, tanpa bayaran balik. The crew may stop the session if guests are abusive, unsafe or misuse the equipment, without refund. 7. Gambar majlis boleh digunakan untuk pemasaran kecuali anda memaklumkan sebaliknya secara bertulis. Album buku tetamu digital (jika ada) dipadam 7 hari selepas majlis. Event photos may be used for marketing unless you tell us otherwise in writing. The digital guestbook album (if included) is deleted 7 days after the event.

Terma Bayaran Balik / Refund Terms

1. Resit ini mengesahkan wang yang dipulangkan kepada pelanggan / the client untuk majlis tarikh majlis / the event date. Tempahan ini telah dibatalkan dan tarikh tidak lagi ditahan. This receipt confirms the money returned to pelanggan / the client for the event on tarikh majlis / the event date. The booking is cancelled and the date is no longer held. 2. Sila semak akaun anda. Hubungi Sorotan Waktu dalam tempoh 14 hari jika wang belum diterima. Please check your account. Contact Sorotan Waktu within 14 days if the money has not arrived.

4. Client portal

  • Your link is private. Anyone with it can see your booking, so share it only with your partner or a trusted committee.
  • Signing online counts. When you type your name and sign, we keep the name, signature, time and IP address as the record of your agreement.
  • Keep details correct. Make sure the date, time, event address and names you enter are right. We rely on them.
  • Package upgrades depend on availability; if the deposit is already paid, a top-up keeps it at 50%. You can undo your last upgrade in the portal until a new payment is made.
  • Design & backdrop. Send your design brief and backdrop choice before the deadline shown. Once you approve a design, further changes depend on the time left.
  • How long the portal stays open. The portal closes 15 days after the event when nothing is still owed, and then only shows a "booking finished" page. If your link reaches the wrong person, ask us for a new link; the old one stops working and your booking details stay. A home-screen icon doesn't remove itself; you can delete it any time.
  • Problem reports. The "Need help?" button is for real problems. Never send us card details, passwords or OTP codes.

5. Digital guestbook

For the couple / client

  • The album opens when the booking is confirmed. Guests can post from one day before to 7 days after the event; an album not yet fully paid may be closed to guests.
  • The album is deleted automatically 7 days after the event (14 days for All-in). Download everything before then — once deleted it can't be recovered.
  • You're responsible for sharing the album code only with your guests, and you can hide anything unsuitable.
  • You may use the photos and wishes as personal keepsakes. Photobooth pictures may be used for our marketing unless you opt out in writing (see the booking terms).

For guests

  • Only post your own content or content you're allowed to share. Respect the people in your photos.
  • Don't post anything sexual, violent, hateful, harassing, misleading or illegal, or ads and spam.
  • What you post can be seen by the couple and by other guests with the album code. You let the couple keep, download and privately share it, and let us store and show it to run the album.
  • We or the couple can hide or delete anything that breaks these terms. To have something removed, contact the couple or us.

6. Website

  • Prices, pictures and date availability on the website are a guide; the binding price is the one in your quotation.
  • Checking a date doesn't hold it. Only a deposit does.
  • Don't try to disrupt, hack, scrape or send automated fake enquiries to our system.
  • Logos, pictures and designs on this site belong to Sorotan Waktu or our clients. Don't use them without permission.
  • Personal information is handled under our Privacy Notice, and cookies under our Cookie Policy.

7. Who is responsible if something happens

We provide our service with reasonable care and skill. If we can't attend, everything paid is refunded (see the booking terms). As far as the law allows, our liability is limited to what you paid for that booking, and we're not responsible for indirect losses. The website, portal and album are provided "as is" — we work to keep them running, but short interruptions can happen. Nothing in these terms limits your rights under the Consumer Protection Act 1999.

8. General

  • Changes. We may update these terms and will change the date above. Bookings already agreed stay on the version you agreed to.
  • Disputes. Talk to us first — most things can be sorted out on WhatsApp. Otherwise these terms are governed by Malaysian law and Malaysian courts (including the Consumer Claims Tribunal).
  • Language. These terms are in Malay and English; if they differ, the Malay version applies.

Sorotan Waktu
info@sorotanwaktu.com · 0108646027
202603233337 (TR0348918-A)

Home Catalogue Digital guestbook Terms & Conditions Privacy notice Cookie policy Staff log in
© 2026 Sorotan Waktu · 202603233337 (TR0348918-A)